Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, July 23, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah: Polis Maha Israel?



Kalau aku jadi polis, aku pon buat benda yang sama!

232350 Julai 2011

Aku sebenarnya dah malas nak bercerita tentang BERSIH 2.0 ni, tapi aku tetap nak menulis jugak. Aku tak faham kenapa kalau video yang tunjuk kekasaran polis terhadap pendemo mendapat simpati rakyat dalam jumlah yang sangat ramai tapi kenapa video pendemo berkasar dengan pihak polis hanya mendapat simpati daripada anak-anak polis dan penyokong-penyokong kerajaan? Adakah polis ini mahazalim? Adakah polis ini maha Israel? Bagi aku TIDAK. Polis sudah buat yang terbaik untuk mengawal kelakuan pendemo-pendemo tersebut. Solat hajat jugak telah dibuat malam sebelum 9 Julai agar semuanya berjalan dengan baik. Sememangnya ia adalah satu tugas yang sukar kerana ramai pendemo pada hari tersebut ingin sangat untuk menjadi SUPERMAN, KELUANG MAN, BATMAN, dan ULTRAMAN.

Hero Bersih of The Year

Lihat saja bagaimana seorang petugas unit amal PAS berdiri di hadapan lori FRU dengan memegang bendera Malaysia dalam keadaan TERBALIK itu. Apa yang pasti, gambarnya sudah tersebar di seluruh dunia dan yang paling pasti jumlah friend request facebook brader tersebut pasti meningkat secara mendadak dan paling hebat adalah jumlah ustaz-ustaz PAS yang akan rekomenkan anak dara mereka kepada brader tersebut juga pasti melimpah ruah. Aku bukan nak mengutuk si brader TUFF ini tapi aku nak JUSTIFY aku punya statement berkaitan mereka yang ingin menjadi HERO BERSIH 2.0. Aku tak nak membebel panjang cuma aku nak tunjuk video BENAR dari pihak yang lain.



Video berpihak kepada Polis



Video berpihak kepada pembangkang







Video KENDURI bro-bro BERSIH.

Ulasan aku terhadap video yang pertama adalah, video ini sememangnya dirakam secara spontan oleh jurukamera dan beliau tidak ada niat untuk mem’back-up’ abang-abang polis kita dan ini dapat dibuktikan dengan durasi video ini yang amat pendek dan tidak mempunyai plot seperti video pihak pembangkang. Berbanding video pihak pembangkang yang kedua itu, ianya memang dibuat untuk menjatuhkan maruah PDRM itu sendiri, dirakam seperti cerita CLOVERFIELD dan diedit dengan cantik sekali.

Kalau kita tengok dalam video ini, ada satu babak di mana seorang inspector telah ditolak oleh pendemo sehingga beliau jatuh terduduk. TUAN-TUAN dan PUAN-PUAN beginilah keadaannya apabila polis membuat kerjanya dengan lemah lembut, MALU BUKAN? Walau bagaimanapun polis yang berpakaian preman berasa tidak puas hati dan panas berapi sehingga ke telinga apabila pegawainya dibuat sedemikian rupa lalu polis tersebut pun menangkap pendemo kurang ajar tersebut dan mencekiknya seperti gerakan di dalam WWE. Nasib baik dia tak kena tumbuk sedaih. Tahniah polis itulah cara yang sebenarnya! Kalau aku pun Nampak pegawai aku dibuat sedemikian rupa, mintak maaf lah, aku mungkin buat lagi teruk.

Satu lagi aku nak komen, taktikal pendemo itu bukan main hebat lagi apabila dia terus berlari di kalangan crowd wanita kononnya dia akan terselamatlah dari pihak polis dan kononnya lah polis akan terpukul salah seorang pendemo wanita yang berada di sekelilingnya, nasib baik tidak ada, kalau tak KONFEM akan TERPAMPANG di muka hadapan portal-portal pembangkang.

Aku rasa setakat itu sahaja coretan aku yang sememangnya sekadar melepas geram terhadap tuduhan melampau-lampau yang dilemparkan kepada pihak PDRM. Tapi apa pun brader yang ditangkap tadi mesti malu muka dengan layanan polis terhadap tahanan yang diberikan oleh pihak polis cukup baik, siap dijamu macam dekat kenduri, nasib briyani pulak tu. Sememangnya itu adalah hak mereka SO THEY SAY, tapi bagaimana pula dengan hak polis? Air muka PDRM yang telah dimalukan? Kenapa benda baik seperti itu tidak diceritakan di seluruh dunia? Kenapa aib PDRM perlu dan harus diceritakan dan apa rasionalnya gesaan Asian Human Rights Watch meminta Hillary Clinton untuk campur tangan kononnya kerajaan dan PDRM ini zalim dan sebagainya? Kenapa? Ada sesiapa yang boleh jawab?

Link Hillary


~wakdanial~


No comments:

Post a Comment

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!