Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, July 2, 2011

Hari Ini dalam Sejarah : Bersih 2.0


Sukan 1Malaysia- Rumah Kuning vs Rumah Merah

022136H Julai 2011

Untuk entri hari ini, aku berminat nak menyentuh tentang Bersih 2.0. Aku tak berminat untuk cerita tentang anwar,8 tuntutan dan pejadah yang lain, tapi aku tertarik nak bercerita tentang Bersih ini dari sudut undang-undang. Aku tahu Bersih adalah satu bentuk demonstrasi, dan demonstrasi itu mempunyai tempat dalam demokrasi dan ianya tidak menyalahi undang-undang KALAU diberikan permit oleh pihak berkuasa. Jadi, Bersih 2.0 ini terang-terang menyalahi undang-undang kerana permit tidak pernah dikeluarkan untuk Bersih 2.0. Kenapa permit tidak dikeluarkan? Justifikasi aku seterusnya merujuk Seksyen 27 di bawah.

Mengikut Akta Polis 1967, Seksyen 27 jelas memperuntukan:

Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah yang berkenaan.

1. Sebelum mengadakan perhimpunan sama ada di dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperolehi demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.

2. OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari bilangan lima orang.

3. Kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budibicara polis dan perhimpunan biasa di dalam bangunan kebiasaanya dibenarkan

Keputusan ini selari dengan Perlembagaan Malaysia perkara 9 dan 10 jelas menyatakan bahawa APA-APA SEKATAN boleh dikenakan kepada hak untuk untuk mewujudkan perkumpulan atau hak bersuara sekiranya dari pandangan pihak berkuasa ianya akan mengganggu ketenteraman dan keselamatan dalam negeri. Tuduhan dari rumah kuning untuk mengatakan bahawa sekatan yang dibuat ini adalah satu bentuk menghalang hak asasi manusia adalah tidak wajar kerana definisi hak asasi manusia itu sendiri terlalu luas maksudnya dan adalah tidak perlu untuk Negara Malaysia menerima keselruhan maksudnya.

Melihat akan penyataan aku tadi pak cik rumah kuning mesti pertikai kenyataan aku, sambil makan kacang cap ngan yin depan desktop sambil berseloroh

Pakcik rumah kuning -‘Dia ni sapa? Basic undang –undang pon xtau, Ambiga tu Presiden, Presiden hang tau x? Ambiga hebat. Budak ni sembang la...’

PAKCIK RUMAH KUNING

Abang hensem tuan rumah– 'Nih pakcik, aku xhabis sembang lagilah...sabaq sat...'


Oleh itu, untuk memuaskan pakcik rumah kuning itu di sini aku akan letak satu kenyataan penuh yang diambil terus dari Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—

(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

Untuk link Perlembagaan Persekutuan sila tekan sini bro

Diharap bukti-bukti diatas dapat memuaskan hati pakcik rumah kuning. Aku mengakhiri entri Hari Ini Dalam Sejarah dengan petikan video dari Mak Cik Ambiga.



Sekian,Salam 1Bersih Laaaaa Sangattt.

No comments:

Post a Comment

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!