Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, July 13, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah: Alkisah 9 Nyawa Kucing


Alkisah 9 Nyawa AnUwar Ibrahim

131612 Julai 2011

Belek punya belek, aku tercuit dengan artikel Zaini Hassan, dalam ruangan Cuit. Dalam tulisannya, banyak menceritakan serba sedikit tentang kisah-kisah AnUwar Ibrahim, pada masa lampau dan masa kini.Sebelum aku pergi dengan lebih lanjut, adalah lebih bertata susila untuk aku untuk menceritakan kepada para pembaca serba sedikit tentang kisah AnUwar Ibrahim (AI). Aku akan cuba ringkaskan sebaik mungkin supaya posting aku tidak membosankan.

alolololo tomeinye dieeeee!!!!


· Tahun 1974

- AI membawa para pelajar membuat demonstrasi mendakwa Rakyat Baling mati kebuluran. Hakikatnya tiada siapa pun mati kebuluran. Akibat demo ini, AI bersama-sama Ibrahim Ali (IA) ditahan dibawah ISA sehingga tahun 1976.

· Tahun 1978

- Anwar menyokong Pas dalam pilihan raya di Kelantan di mana diterajui oleh Datuk Asri Muda telah kalah teruk.

· 1 6 Julai 1981

- AI merasakan Pas tidak memberi apa-apa political mileage kepada beliau lalu menyertai UMNO dengan membawa amanat-amanat rakan dari ABIM supaya mengISLAMkan UMNO.

- AI ternyata berjaya kerana setelah beberapa tahun AI berjaya menjadi TPM, walau bagaimanapun,setelah sibuk mengejar political mileage AI lupa akan amanat dari rakan ABIM.

- AI berjaya memperkenalkan politik wang dalam UMNO,AI mempunyai pengikut-pengikutnya sendiri termasuk Ketua Menteri Melaka ketika itu, Datuk Rahim Tamby Chik (Datuk TRIO) merangkap protégé AI dalam UMNO.

· Tahun 2004

- Selepas bebas dari penjara dan kes liwatnya dengan Azizan, AI bertemu Ku Li dan mengajaknya menyertai KeADILan,Ku Li juga dijanjikan jawatan Perdana Menteri sekiranya KeADILan menang dalam pilihan raya namun ditolak mentah-mentah oleh Ku Li yang sudah tidak sanggup lagi ditipu.




Berbalik dengan alkisah 9 nyawa AI, sebuah blog Xpress- Minda ada menyatakan AI ni macam kucing, dia ada 9 nyawa. Xtahulah betul atau tidak tetapi mitos ini cukup popular dan aku percaya ianya akan bertambah popular setelah dikaitkan dengan pelakon hebat no. 1 negara kita iaitu Bro AI. Aku Cuma mampu mengukir senyuman sambil disambut dengan ‘HEHEHEHE’ yang panjang setelah membaca turutan alkisah AnUwar Ibrahim (AI) mempunyai 9 nyawa. Waima, aku dengan ini meninggalkan sedikit coretan alkisah 9 nyawa AI tersebut untuk dinilai oleh kebijaksanaan akal masing-masing.

Alkisah 9 nyawa :

1. Propaganda Tumbukan Ketua Polis

- AI telah ditumbuk padu oleh Rahim Noor. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Ini juga mungkin reaksi Rahim Noor terhadap AI yang suka memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai Barua dan anjing kerajaan.

- Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabdian kehilangan nyawa yang pertama kemudian diterjemahkan di dalam bendera parti PKR yg berlogokan sebiji mata tersebut. Innalillah.

2 Drama Keracunan Arsenik

- Tidak cukup dengan tumbukan padu, AI juga dikatakan telah diberi racun arsenic dengan meracun makanan AI oleh orang-orang polis dan Tun Det. Wan Azizah dan Zulkifli Nordin telah menyebarkan cerita bahawa nyawa AI dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam. AI sudah nazak. Rambutnya juga konon gugur bertebaran menyembah bumi.

- Siasatan HKL menunjukkan tiada sebarang racun arsenic di dalam air kencing mahupun darah AI. Walau bagaimanapun pemergian nyawa AI yang kedua tidak dapat dihalang.Innalillah.

3. Sandiwara suntikan HIV

- Nyawa ke-3 AI benar-benar dimanfaatkan. Timbul pula dakwaan bahawasanya AI telah disuntik darah HIV positif.

- Tiada ubat atau penawar hingga kini untuk pesakit HIV+ ataupun AIDS, hanya ucapan INNALILLAH yang mampu diucap.

- Begitulah jangka hayat AI yang ketiga yang tidak kekal lama. Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa, AI telah berjaya meneruskan hidup tanpa dihinggapi kudis HIV+ mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.

4. Patah tengkuk

- Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sg Buloh, keadaan AI telah diuar-uarkan terancam kerana lehernya didapati PATAH dan ada URAT YANG TERKEHEL.

- AI juga selalu muncul di semua perbicaraan mahkamah dengan pendakap leher. Ini membuktikan bahawa nyawa ke-4 AI sudah pun pergi meninggalkan jasad. Innalillah.

- Walau bagaimanapun nyawa AI yang kelima telah membolehkan AI untuk menanggalkan pendakap leher setiap kali selesai perbicaraan.

5. Lumpuh sakit belakang

- Sewaktu hayat nyawa ke-5, AI mendakwa tulang belakangnya telah terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan. Bertebaran berita yang mendakwa kerajaan enggan membenarkan AI mendapat rawatan di luar Negara telah menyemarakkan lagi kemarahan Anwaritas-Anwaritas. Lalu hilanglah nyawa AI yang kelima. Innalillah.

- Kisah AI yang terpaksa hidup dengan kelumpuhan telah digendang dan dipalu setiap masa walaupun pada masa yang sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL untuk menentukan sejauh mana kertekehelan tersebut.

- AI kembali ke dunia politik dengan nyawa keenam dengan tenaga luar biasa selepas pembedahan tulang belakang yang paling berjaya di dunia tercipta di Jerman. Hanya 2 jam sahaja selepas pembedahan yang diperlukan AI untuk kembali sihat dan berjalan seperti biasa.

6. Hikayat Ancaman Bunuh

- Hujan tidak ribut pon tidak, nyawa ke-6 AI pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yang mengancam nyawa ke-6 AI yang secar halusinasi yang tak terlihat oelh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa.

- Sedang asyik bermesyuarat bersama pimpinan PKR tiba-tiba terdapat satu panggilan telefon yang membawa khabar buruk iaitu Saiful bukhari telah membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat yang dikaitkan dengan AI.

- Demi menyelamatkan nyawanya yang ke-6, AI sanggup ke kedutaan Turki yang teletak di KL dengan alas an bahawa AI telah mendapat satu ancaman bunuh.

- Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu melndungi AI maka natijahnya upacara sembahyang ghaib telah dilakukan untuk nyawa AI yang ke-6 tersebut lalu memaksa AI untuk meneruskan hidupnya yang penuh dengan pembohongan menggunakan nyawa yang ke-7.



7. Sabotaj Kereta Azizah

- Kegawatan kes liwat AI dan Saiful makin menjadi-jadi dengan pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam sehinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 AI untuk terus menghayati keindahan alam ini.

- Namun di sebalik cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yang mengkantoikan projek AI dengan seorang China Doll berusia 26 tahun.

- Waima, muka lelaki dalam video tersebut menyerupai AI, namun menurut penyokong AI, perut dan punggung AI tidaklah boroi dan sebuncit itu walaupun face recognition analysis telah dibuat.

- Pun demikian, tidak tahan dengan asakan mengenai video tersbut sementelah ianya telah dicetak secara berleluasa oleh tauke-tauke cina,maka, akhirnya, nyawa ke-7 terancam jua.

- Bertiup jugalah angin-angin sepoi dari sempadan Cina yang mendakwa nyawa ke-7 bertambah terancam apabila berlaku eksiden mengejut yang cuba membunuh AI. However, selang sebulan selepas kejadian yang dikatakan,barulah si pemandu AI membuat laporan polis. Ouh, what the hell.Nyawa ke-8 bersambung.

8. Demo Jalanan Bersih

- Dikhabarkan AI terkena tembakan senapang gajah, darah membasahi baju sehinggakan tiada lagi warna kuning BERSIH dan pernafasan mulut ke mulut diperlukan, jadi, ini telah menunjukkan bahawa nyawa ke-8 nye tidak lama, memang bahaya.

- Banyak juga blog yang melaporkan bahawasanya nyawa AI di hujung misai Sarjan Misai dan bacaan Yassin akan berkumandang serta wasiat akan dilafazkan kepada kerabat keluarga sementara menanti stok supply nyawa yang ke-9 datang.

- Oleh yang demikian, hayat nyawa yang ke-8 tidak kekal lama, hilang di Hospital Pantai maka oleh sebab itu perbicaraan AI 16 Julai ini telah ditangguhkan pada bulan Ogos.

9. Alkisah 9 Nyawa Kucing Milik AnUwar.

- Sesungguhnya, AI bernasib baik kerana mempunyai nyawa yang ke-9 bagi membolehkannye menghadapi perbicaraan pada bulan ogos nnti. Walau bagaimanapun sampai bila AI boleh bertahan?

- Tentu ramai yang faham betapa kehebatan AI bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dengan gerak geri lakonannya yang pasti mampu untuk menakluk hati dan mengaburi mata ramai penyokongnya yang taksub dan bebal.

- Akhir kata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.


p/s - AnUwar kantoi menipu lagi!!! Xcaye klik link nih>>>> LINK ANUWAR TIPU





No comments:

Post a Comment

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!