Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 7, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah: Jais terjah! Pas Lembu!

JAIS serbu Majlis Makan Malam Anjuran Majlis AIDS Malaysia

08 2057H Ogos 2011

Pakatan Rakyat sekali lagi menunjukkan sikap kebodohan dan tidak matang mereka. UMNO sekali lagi dijadikan kambing hitam, dalam kejadian JAIS menyerbu sebuah gereja di Selangor baru-baru ini sepertimana yang telah diperkatakan oleh blog Malaysia Waves melalui salah satu artikelnya. Kita semua tahu bahawa Selangor bukan lagi di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional tetapi di bawah pimpinan Pakatan Rakyat sekaligus menunjukkan Pakatan Rakyat mempunyai barisan kepimpinan PONDAN dan TIDAK BERTANGGUNG JAWAB. Pada masa yang lain pula Khalid Ibrahim MB Selangor telah memohon maaf kepada gereja tersebut di atas tindakan yang telah dilakukan oleh JAIS walau bagaimanapun Hasan Ali terus dengan pendirian beliau dalam mempertahankan tindakan tersebut.

Link blog Malaysia waves


Ternyata bahawa pendirian Hasan Ali telah memakan dirinya sendiri apabila blogger Malaysia Waves menuduh Hasan Ali sebagai ‘bekerjasama’ dengan UMNO untuk sabotaj kerajaan negeri Selangor dan kepimpinan PAS yang lain dan tuduhan ini diperkuatkan lagi dengan bukti-bukti bahawa Hasan Ali sebagai seorang yang Pro Kerajaan Perpaduan. Sepatutnya PAS sebagai salah satu parti kompenen dalam Pakatan Rakyat yang turut juga sebagai sebuah parti yang menegakkan syiar Islam, turut serta membantu JAIS dalam memberi kenyataan kepada orang awam kenapa serbuan sebegitu dibuat sebaliknya lain pula yang jadi. Sesungguhnya kejadian ini, terus menerus mencemar nama baik Islam dan imej JAIS sebagai salah satu institusi Islam di Malaysia. Sebaliknya lain pula yang terjadi, PAS terus takut, lembik, dan longlai almaklumlah sementelah menjadi lembu kesayangan kepada parti DAP. Semuanya gara-gara ingin melobi kerusi untuk next GE.


Demi kuasa, segalanya mereka gadaikan, PAS yang aku kenali dahulu adalah sebuah parti yang mempunyai pendirian yang kukuh, sentiasa dengan pendirian Negara Islamnya tetapi apabila sudah Nampak kuasa dan duit yang kini kononnya dalam gapaian, pendirian Negara Islam telah ditukar kepada Negara kebajikan. Kalau kebajikan orang Islam JAIS pon tak boleh nak jaga, masakan pula kebajikan satu Malaysia. Kalau masalah timbul semuanya akan dipersalahkan kepada kerajaan Barisan Nasional. Sebijik macam orang bodoh.Masih ingat lagi peristiwa Ustaz Azizan dan disko-diskonya? Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dengan selamba membuat keputusan untuk Ustaz Azizan walhal negeri Kedah itu dipimpin oleh Ustaz Azizan dan ini sekali lagi menunjukkan yang kalau Pakatan Rakyat menang pon untuk next GE, surely, PAS will not be given the honour to lead. PAS don’t have credible candidate and each and every one in the Pakatan Rakyat knew this. Jadi, untuk penyokong-penyokong PAS, wake up bro!! PAS akan tetap dan terus akan menjadi LEMBU DAP.

p/s- Lagi bukti Pas LEMBU DAP;

I. Dr Hasan pernah diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana membangkitkan mengenai soal penjualan arak di Shah Alam

II. Dr Hasan sering menerima tekanan daripada anggota-anggota Exco bukan Islam DAP dan PKR, jika soal-soal mengenai Islam disentuh.

III. Evidence no I and II still count.

L.E.M.B.U. D.A.P

mOoOoOoO!!!!



Saturday, July 23, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah: Polis Maha Israel?



Kalau aku jadi polis, aku pon buat benda yang sama!

232350 Julai 2011

Aku sebenarnya dah malas nak bercerita tentang BERSIH 2.0 ni, tapi aku tetap nak menulis jugak. Aku tak faham kenapa kalau video yang tunjuk kekasaran polis terhadap pendemo mendapat simpati rakyat dalam jumlah yang sangat ramai tapi kenapa video pendemo berkasar dengan pihak polis hanya mendapat simpati daripada anak-anak polis dan penyokong-penyokong kerajaan? Adakah polis ini mahazalim? Adakah polis ini maha Israel? Bagi aku TIDAK. Polis sudah buat yang terbaik untuk mengawal kelakuan pendemo-pendemo tersebut. Solat hajat jugak telah dibuat malam sebelum 9 Julai agar semuanya berjalan dengan baik. Sememangnya ia adalah satu tugas yang sukar kerana ramai pendemo pada hari tersebut ingin sangat untuk menjadi SUPERMAN, KELUANG MAN, BATMAN, dan ULTRAMAN.

Hero Bersih of The Year

Lihat saja bagaimana seorang petugas unit amal PAS berdiri di hadapan lori FRU dengan memegang bendera Malaysia dalam keadaan TERBALIK itu. Apa yang pasti, gambarnya sudah tersebar di seluruh dunia dan yang paling pasti jumlah friend request facebook brader tersebut pasti meningkat secara mendadak dan paling hebat adalah jumlah ustaz-ustaz PAS yang akan rekomenkan anak dara mereka kepada brader tersebut juga pasti melimpah ruah. Aku bukan nak mengutuk si brader TUFF ini tapi aku nak JUSTIFY aku punya statement berkaitan mereka yang ingin menjadi HERO BERSIH 2.0. Aku tak nak membebel panjang cuma aku nak tunjuk video BENAR dari pihak yang lain.



Video berpihak kepada Polis



Video berpihak kepada pembangkang







Video KENDURI bro-bro BERSIH.

Ulasan aku terhadap video yang pertama adalah, video ini sememangnya dirakam secara spontan oleh jurukamera dan beliau tidak ada niat untuk mem’back-up’ abang-abang polis kita dan ini dapat dibuktikan dengan durasi video ini yang amat pendek dan tidak mempunyai plot seperti video pihak pembangkang. Berbanding video pihak pembangkang yang kedua itu, ianya memang dibuat untuk menjatuhkan maruah PDRM itu sendiri, dirakam seperti cerita CLOVERFIELD dan diedit dengan cantik sekali.

Kalau kita tengok dalam video ini, ada satu babak di mana seorang inspector telah ditolak oleh pendemo sehingga beliau jatuh terduduk. TUAN-TUAN dan PUAN-PUAN beginilah keadaannya apabila polis membuat kerjanya dengan lemah lembut, MALU BUKAN? Walau bagaimanapun polis yang berpakaian preman berasa tidak puas hati dan panas berapi sehingga ke telinga apabila pegawainya dibuat sedemikian rupa lalu polis tersebut pun menangkap pendemo kurang ajar tersebut dan mencekiknya seperti gerakan di dalam WWE. Nasib baik dia tak kena tumbuk sedaih. Tahniah polis itulah cara yang sebenarnya! Kalau aku pun Nampak pegawai aku dibuat sedemikian rupa, mintak maaf lah, aku mungkin buat lagi teruk.

Satu lagi aku nak komen, taktikal pendemo itu bukan main hebat lagi apabila dia terus berlari di kalangan crowd wanita kononnya dia akan terselamatlah dari pihak polis dan kononnya lah polis akan terpukul salah seorang pendemo wanita yang berada di sekelilingnya, nasib baik tidak ada, kalau tak KONFEM akan TERPAMPANG di muka hadapan portal-portal pembangkang.

Aku rasa setakat itu sahaja coretan aku yang sememangnya sekadar melepas geram terhadap tuduhan melampau-lampau yang dilemparkan kepada pihak PDRM. Tapi apa pun brader yang ditangkap tadi mesti malu muka dengan layanan polis terhadap tahanan yang diberikan oleh pihak polis cukup baik, siap dijamu macam dekat kenduri, nasib briyani pulak tu. Sememangnya itu adalah hak mereka SO THEY SAY, tapi bagaimana pula dengan hak polis? Air muka PDRM yang telah dimalukan? Kenapa benda baik seperti itu tidak diceritakan di seluruh dunia? Kenapa aib PDRM perlu dan harus diceritakan dan apa rasionalnya gesaan Asian Human Rights Watch meminta Hillary Clinton untuk campur tangan kononnya kerajaan dan PDRM ini zalim dan sebagainya? Kenapa? Ada sesiapa yang boleh jawab?

Link Hillary


~wakdanial~


Saturday, July 16, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH: PAS KENA LEMBU DENGAN DAP!!!


PAS buat U-TURN EMERGENCY!!

161359 Julai 2011



Keputusan Ustaz Azizan untuk menutup semua pusat hiburan di Kedah bagi menghormati bulan Ramadhan adalah satu tindakan yang amat baik, baik untuk imej PAS dan untuk beliau sendiri. Pada mulanya, aku kagum sebab buat pertama kalinya, PAS walk their talk. Inilah apa yang diharapkan oleh seantero rakyat Kedah iaitu melakukan perubahan because this is why they were voted in, to make a changes, to make something that the BN cannot do during their reign dan Ustaz Azizan juga ada beritahu bahawasanya peraturan yang akan dilakukan ini adalah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat- Tempat Hiburan yang wujud sejak 1997, iaitu semasa pemerintahan BN, walau bagaimanapun ianya tidak dilaksanakan. Kenyataan daripada Ustaz Azizan ini sudah tentu nak menyalahkan kerajaan BN walaupun yang memerintah Kedah sekarang adalah mereka, PAS dan ini jelas menunjukkan UStaz Azizan adalah seorang yang tidak bertanggungjawab dan takut untuk menerima kritikan atas keputusan yang dibuat olehnya. Penutupan pusat hiburan itu juga merangkumi pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko dan Hungry Ghost Festival yang jatuh pada bulan ramadhan juga tidak terlepas dari tindakan ini.






Walau bagaimanapun, langit tidak selalu cerah, tuan ampunya PAS iaitu DAP secara terang-terangan menentang larangan tersebut apabila Kit Siang berkata bahawa DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak dibangkitkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat Kedah meskipun dipersetujui bahawa perkara-perkara yang sensitive kepada lain-lain komuniti seperti larangan pusat hiburan ketika bulan Ramadan seharusnya dibincangkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat negeri terlebih dahulu.

“Dalam keadaan ini, Datuk Seri Azizan seharusnya mempertimbangkan semula dan memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 khususnya ketika kerajaan negeri BN (dulu) tidak berbuat demikian sepanjang 11 tahun sehingga ia jatuh pada pilihan raya umum 2008,” kata Kit Siang lagi.


Di sini sekali lagi kita boleh lihat bahawa Pakatan Rakyat ingin mengambil jalan mudah dengan menarik sama BN dalam permasalahan negeri yang ditadbirnya. Sehinggakan Dewan Pemuda Pas melalui Exconya Mohd Firdaus Jaafar mengeluarkan satu kenyataan BODOH LAGI BINGAI iaitu>>>>>>>

“Ini adalah akibat apabila UMNO yang merupakan parti tunjang di dalam BN tidak menjelaskan Islam yang sebenar sehinggakan selepas 54 tahun merdeka,MCA masih ‘terkapai-kapai’ dalam hendak memahami Islam. Agama hanya digunakan apabila ada kepentingan politik semata-mata.Islam hanya dibibir mereka bagi mengaburi mata rakyat kononnya merekalah pejuang agama. Ini berbeza dengan DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.,”katanya.

Yang menariknya Mohd Firdaus mengatakan yang DAP ini amat menghormati Islam sebagai agama rasmi tapi pada aku, DAP TERANG-TERANG MENENTANG KEPUTUSAN USTAZ AZIZAN dan yang lebih penting lagi kalau kita lihat dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat di dalam buku jingganya ada menyebut RELIGIOUS TOLERANCE selaras dengan Perkara 153 sebagai salah satu daripada tiga perkara yang diangkat sebagai asas di dalam DASAR BERSAMA dan sekali lagi ianya hanyalah retorik politik yang dikepalai oleh AnUwar Ibrahim.

SILA KLIK LINK INI UNTUK BUKU JINGGA


Selepas Kit Siang, Ustaz Azizan diasak pula oleh Singa Malaya TAK BERGIGI iaitu Karpal Singh Auta. Seantero rakyat tanah melayu tahu si singa Malaya TAK BERGIGI ini lah yang dulu pernah meminta PAS untuk MELANGKAH MAYATNYA DAHULU sekiranya ingin teruskan dengan ideology NEGARA ISLAM. Setelah diasak bertubi-tubi,depan belakang kiri dan kanan, sepertimana juga PAS diasak tentang pendirian NEGARA ISLAMnya, akhirnya Ustaz Azizan bersetuju untuk mempertimbangkan semula Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997. Kalau DAP boleh paksa PAS tukar pendirian daripada NEGARA ISLAM kepada NEGARA KEBAJIKAN,setakat Ustaz Azizan ni apalah sangat, seperti mengopek kacang Guangdong cap ngan yin sahaja.

DENGAN SEGALA FAKTA YANG TELAH DIBERIKAN, AKU DENGAN INI MENGISYTIHARKAN BAHAWA PAS MEMANG LEMBU DAP!!!!!




“Kita bersyukur dengan pendirian DAP kerana sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan Pas tidak mendirikan negara Islam” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999

TAKBIRR!!!!


Laju-Laju Perahu Laju,

Perahu Bernama Si Kapal Layar,

Jaga-Jaga Orang Melayu,

Ditelan Naga Dibelit Ular.

~wakdanial~

Wednesday, July 13, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah: Alkisah 9 Nyawa Kucing


Alkisah 9 Nyawa AnUwar Ibrahim

131612 Julai 2011

Belek punya belek, aku tercuit dengan artikel Zaini Hassan, dalam ruangan Cuit. Dalam tulisannya, banyak menceritakan serba sedikit tentang kisah-kisah AnUwar Ibrahim, pada masa lampau dan masa kini.Sebelum aku pergi dengan lebih lanjut, adalah lebih bertata susila untuk aku untuk menceritakan kepada para pembaca serba sedikit tentang kisah AnUwar Ibrahim (AI). Aku akan cuba ringkaskan sebaik mungkin supaya posting aku tidak membosankan.

alolololo tomeinye dieeeee!!!!


· Tahun 1974

- AI membawa para pelajar membuat demonstrasi mendakwa Rakyat Baling mati kebuluran. Hakikatnya tiada siapa pun mati kebuluran. Akibat demo ini, AI bersama-sama Ibrahim Ali (IA) ditahan dibawah ISA sehingga tahun 1976.

· Tahun 1978

- Anwar menyokong Pas dalam pilihan raya di Kelantan di mana diterajui oleh Datuk Asri Muda telah kalah teruk.

· 1 6 Julai 1981

- AI merasakan Pas tidak memberi apa-apa political mileage kepada beliau lalu menyertai UMNO dengan membawa amanat-amanat rakan dari ABIM supaya mengISLAMkan UMNO.

- AI ternyata berjaya kerana setelah beberapa tahun AI berjaya menjadi TPM, walau bagaimanapun,setelah sibuk mengejar political mileage AI lupa akan amanat dari rakan ABIM.

- AI berjaya memperkenalkan politik wang dalam UMNO,AI mempunyai pengikut-pengikutnya sendiri termasuk Ketua Menteri Melaka ketika itu, Datuk Rahim Tamby Chik (Datuk TRIO) merangkap protégé AI dalam UMNO.

· Tahun 2004

- Selepas bebas dari penjara dan kes liwatnya dengan Azizan, AI bertemu Ku Li dan mengajaknya menyertai KeADILan,Ku Li juga dijanjikan jawatan Perdana Menteri sekiranya KeADILan menang dalam pilihan raya namun ditolak mentah-mentah oleh Ku Li yang sudah tidak sanggup lagi ditipu.




Berbalik dengan alkisah 9 nyawa AI, sebuah blog Xpress- Minda ada menyatakan AI ni macam kucing, dia ada 9 nyawa. Xtahulah betul atau tidak tetapi mitos ini cukup popular dan aku percaya ianya akan bertambah popular setelah dikaitkan dengan pelakon hebat no. 1 negara kita iaitu Bro AI. Aku Cuma mampu mengukir senyuman sambil disambut dengan ‘HEHEHEHE’ yang panjang setelah membaca turutan alkisah AnUwar Ibrahim (AI) mempunyai 9 nyawa. Waima, aku dengan ini meninggalkan sedikit coretan alkisah 9 nyawa AI tersebut untuk dinilai oleh kebijaksanaan akal masing-masing.

Alkisah 9 nyawa :

1. Propaganda Tumbukan Ketua Polis

- AI telah ditumbuk padu oleh Rahim Noor. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Ini juga mungkin reaksi Rahim Noor terhadap AI yang suka memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai Barua dan anjing kerajaan.

- Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabdian kehilangan nyawa yang pertama kemudian diterjemahkan di dalam bendera parti PKR yg berlogokan sebiji mata tersebut. Innalillah.

2 Drama Keracunan Arsenik

- Tidak cukup dengan tumbukan padu, AI juga dikatakan telah diberi racun arsenic dengan meracun makanan AI oleh orang-orang polis dan Tun Det. Wan Azizah dan Zulkifli Nordin telah menyebarkan cerita bahawa nyawa AI dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam. AI sudah nazak. Rambutnya juga konon gugur bertebaran menyembah bumi.

- Siasatan HKL menunjukkan tiada sebarang racun arsenic di dalam air kencing mahupun darah AI. Walau bagaimanapun pemergian nyawa AI yang kedua tidak dapat dihalang.Innalillah.

3. Sandiwara suntikan HIV

- Nyawa ke-3 AI benar-benar dimanfaatkan. Timbul pula dakwaan bahawasanya AI telah disuntik darah HIV positif.

- Tiada ubat atau penawar hingga kini untuk pesakit HIV+ ataupun AIDS, hanya ucapan INNALILLAH yang mampu diucap.

- Begitulah jangka hayat AI yang ketiga yang tidak kekal lama. Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa, AI telah berjaya meneruskan hidup tanpa dihinggapi kudis HIV+ mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.

4. Patah tengkuk

- Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sg Buloh, keadaan AI telah diuar-uarkan terancam kerana lehernya didapati PATAH dan ada URAT YANG TERKEHEL.

- AI juga selalu muncul di semua perbicaraan mahkamah dengan pendakap leher. Ini membuktikan bahawa nyawa ke-4 AI sudah pun pergi meninggalkan jasad. Innalillah.

- Walau bagaimanapun nyawa AI yang kelima telah membolehkan AI untuk menanggalkan pendakap leher setiap kali selesai perbicaraan.

5. Lumpuh sakit belakang

- Sewaktu hayat nyawa ke-5, AI mendakwa tulang belakangnya telah terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan. Bertebaran berita yang mendakwa kerajaan enggan membenarkan AI mendapat rawatan di luar Negara telah menyemarakkan lagi kemarahan Anwaritas-Anwaritas. Lalu hilanglah nyawa AI yang kelima. Innalillah.

- Kisah AI yang terpaksa hidup dengan kelumpuhan telah digendang dan dipalu setiap masa walaupun pada masa yang sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL untuk menentukan sejauh mana kertekehelan tersebut.

- AI kembali ke dunia politik dengan nyawa keenam dengan tenaga luar biasa selepas pembedahan tulang belakang yang paling berjaya di dunia tercipta di Jerman. Hanya 2 jam sahaja selepas pembedahan yang diperlukan AI untuk kembali sihat dan berjalan seperti biasa.

6. Hikayat Ancaman Bunuh

- Hujan tidak ribut pon tidak, nyawa ke-6 AI pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yang mengancam nyawa ke-6 AI yang secar halusinasi yang tak terlihat oelh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa.

- Sedang asyik bermesyuarat bersama pimpinan PKR tiba-tiba terdapat satu panggilan telefon yang membawa khabar buruk iaitu Saiful bukhari telah membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat yang dikaitkan dengan AI.

- Demi menyelamatkan nyawanya yang ke-6, AI sanggup ke kedutaan Turki yang teletak di KL dengan alas an bahawa AI telah mendapat satu ancaman bunuh.

- Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu melndungi AI maka natijahnya upacara sembahyang ghaib telah dilakukan untuk nyawa AI yang ke-6 tersebut lalu memaksa AI untuk meneruskan hidupnya yang penuh dengan pembohongan menggunakan nyawa yang ke-7.



7. Sabotaj Kereta Azizah

- Kegawatan kes liwat AI dan Saiful makin menjadi-jadi dengan pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam sehinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 AI untuk terus menghayati keindahan alam ini.

- Namun di sebalik cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yang mengkantoikan projek AI dengan seorang China Doll berusia 26 tahun.

- Waima, muka lelaki dalam video tersebut menyerupai AI, namun menurut penyokong AI, perut dan punggung AI tidaklah boroi dan sebuncit itu walaupun face recognition analysis telah dibuat.

- Pun demikian, tidak tahan dengan asakan mengenai video tersbut sementelah ianya telah dicetak secara berleluasa oleh tauke-tauke cina,maka, akhirnya, nyawa ke-7 terancam jua.

- Bertiup jugalah angin-angin sepoi dari sempadan Cina yang mendakwa nyawa ke-7 bertambah terancam apabila berlaku eksiden mengejut yang cuba membunuh AI. However, selang sebulan selepas kejadian yang dikatakan,barulah si pemandu AI membuat laporan polis. Ouh, what the hell.Nyawa ke-8 bersambung.

8. Demo Jalanan Bersih

- Dikhabarkan AI terkena tembakan senapang gajah, darah membasahi baju sehinggakan tiada lagi warna kuning BERSIH dan pernafasan mulut ke mulut diperlukan, jadi, ini telah menunjukkan bahawa nyawa ke-8 nye tidak lama, memang bahaya.

- Banyak juga blog yang melaporkan bahawasanya nyawa AI di hujung misai Sarjan Misai dan bacaan Yassin akan berkumandang serta wasiat akan dilafazkan kepada kerabat keluarga sementara menanti stok supply nyawa yang ke-9 datang.

- Oleh yang demikian, hayat nyawa yang ke-8 tidak kekal lama, hilang di Hospital Pantai maka oleh sebab itu perbicaraan AI 16 Julai ini telah ditangguhkan pada bulan Ogos.

9. Alkisah 9 Nyawa Kucing Milik AnUwar.

- Sesungguhnya, AI bernasib baik kerana mempunyai nyawa yang ke-9 bagi membolehkannye menghadapi perbicaraan pada bulan ogos nnti. Walau bagaimanapun sampai bila AI boleh bertahan?

- Tentu ramai yang faham betapa kehebatan AI bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dengan gerak geri lakonannya yang pasti mampu untuk menakluk hati dan mengaburi mata ramai penyokongnya yang taksub dan bebal.

- Akhir kata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.


p/s - AnUwar kantoi menipu lagi!!! Xcaye klik link nih>>>> LINK ANUWAR TIPU





Thursday, July 7, 2011

Rehatkan Minda :)

SM SALIM RAJA IRAMA MALAYSIA

080317H JULAI 2011

Entri aku kali ini memang tak ada kena mengena dengan politik. Untuk beberapa hari lepas, asyik politik je sampai otak aku pun naik kejang. Kali ini aku nak ajak hulubalang-hulubalang setia blog aku, sama-sama menghayati lagu dari Raja Irama Malaysia, walaupun xsemua minat tapi aku percaya ramai yang dah bosan dengan lagu-lagu yang selalu diputarkan di radio bukan? Jadi untuk hari ini apa kata kita dengar yang lain daripada yang lain. Selamat berhibur sambil mengambil pengajaran dan merenung sejenak nasihat-nasihat yang nak disampaikan. J






















Bawah ini, video yang paling aku minat.cuba hayati mesej yang cuba disampaikan.




Wednesday, July 6, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah: Polis Berkampung di UM?

Polis, FRU buat apa di UM?

070513H Julai 2011







Aku dapat gambar ni dari member aku. Katanya polis dan FRU berkumpul di Universiti Malaya dalam kuantiti yang agak besar.Jawapan kepada persoalan mengapa,kenapa, bagaimana,buat apa polis dan FRU berkumpul dekat Universiti Malaya bukan pada aku sebab aku pun tak tau.

Tapi yang pasti,

PENYOKONG BERSIH JAGA-JAGA HAAAA……..HEHE


Video-video BEST Federal Reserve Unit!!!!











Jom tengok beza FRU kita dengan riot police negara lain.





Langsung xkasik chance punya,kasi taruk saja... FRU kita ada jugak sembur water cannon dulu........hehehe



Yang menulis,

wakdanial



Monday, July 4, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah: Patriot Batal


Pemuda UMNO batal himpunan Patriot Hormati Titah Agong

041812H Julai 2011



Walau ini bukan apa yang aku harapkan secara total tapi aku rasa tindakan yang telah dimulakan oleh Pemuda UMNO ini untuk membatalkan himpunan Patriot adalah satu langkah yang bijak. Secara jujurnya, aku merasakan Patriot adalah satu perkara yang diperlukan bagi menunjukkan kepada Bersih bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang menolak demonstrasi jalanan sebagai salah satu option untuk bersuara yang bernaung di bawah nama demokrasi. Walau bagaimanapun pembatalan Patriot adalah yang terbaik kerana aku berpendapat bahawa Patriot ini seakan-akan batu api terhadap Bersih kerana sememangnya dunia sedia maklum bahawa Patriot dan Bersih pantang bertemu, silap hari bulan MALANG TAK BOLEH DITOLAK,MUJUR TAK BOLEH DIRAIH.

Dalam satu sidang media khas yang telah dibuat, Patriot akan patuh dan mentaati Titah Khas tersebut dan mendesak kepada penganjur Perhimpunan Haram turut sama mentaatinya sekaligus membuktikan bahawa Patriot ini terdiri daripada anak-anak watan yang bertanggungjawab. Tindakan berani ini juga aku harus puji sebagai satu langkah untuk membersihkan imej orang UMNO yang sering dikaitkan dengan keganasan selepas insiden Dato Hishammudin mencium keris. Aku masih mengharapkan Patriot akan sentiasa memerhatikan gerak geri Bersih dan jika mereka ingkar Titah Tuanku dan berhasrat mengganggu kedaulatan istana, Patriot dan ahli-ahli gabungan yang lain bangkit menjadi benteng Tuanku yang terkehadapan.


Sememangnya, aku menunggu dengan rasa penuh debaran tentang berita yang akan keluar di dada akhbar keesokkanya kerana tindakan Patriot ini sudah tentu akan mendapat respons yang negatif. Kenyataan berbaur seperti UMNGOK BACUL, PENGECUT DAN SEBAGAINYA akan menjadi antara respons yang aku tunggu. Kalau bukan dari Bersih secara rasmi pon, mana-mana respons negatif dari penyokongya akan aku anggap datang dari pihak Bersih. Aku nak lihat esok, kalau respons yang dikeluarkan adalah negative maka terbuktilah mereka memang puak kekecohan.

Aku mengharapkan yang terbaik untuk bumi bertuah ini, pertumpahan darah silam tidak perlu diulang kerana bangsa aku juga yang kerugian. Terjadinya pertumpahan darah 9 Julai kelak, yang akan BERSIH bukan system electoral tetapi MELAYU YANG AKAN DISAPU BERSIH. Maka laungan Tuah, MELAYU TIDAK AKAN HILANG DI DUNIA tinggal menjadi bahan ketawa si Columbus. Hilanglah BIN, hilanglah BINTI dan hilang juga MUHAMAD. Jebat si derhaka duduk keseorangan menyesal tak sudah, menunggu nasibnya merempat di bumi sendiri.


Daulat Tuanku!!


“If the day should ever come when we [the Malays] must go, if some day we are compelled to leave the scene of history, we will slam the door so hard that the universe will shake and mankind will stand back in stupefaction..” - wakdanial

Sunday, July 3, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah: Titah Khas Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin


Titah Khas Yang di-Pertuan Agong mengenai Bersih 2.0

040137H Julai 2011

Aku rasa entri kali ini adalah yang paling serius. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menyuarakan sendiri pendapat peribadi Baginda terhadap Bersih 2.0 yang akan dianjurkan pada 9 Julai ini. Aku xnak mengomel panjang lebar, berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:


Bismillahirrahmanirrahim,

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.-3/7/2011


Seperti yang sudah dijangkakan, masih lagi ada pencacai dan penjilat jubur ANUwar yang masih menidakkan Titah Khas Baginda dengan memutar belitkan kenyataan tersebut bagi menyedapkan cuping telinga masing-masing. Puak-puak kuning ini se memangnya sudah dikenali sebagai kaki spin PUTAR ALAM kerana setiap puak kuning adalah wajib untuk mempunyai ability kaki spin PUTAR ALAM peringkat mahadewata agar legasi ANUwar PUTAR ALAM dapat diteruskan.

Sudah terang lagi bersuluh, titah khas baginda yang telah diputarbelitkan ini tidak dihormati dan jelas menunjukkan puak-puak kuning dan pencacai seangkatannya TIDAK MENGHORMATI KEDAULATAN INSTITUSI DIRAJA MELAYU. Depan belakang sama rasa, langgar apa pun xapa menjadi moto dan inspirasi kepada puak-puak kuning berkunyit ini. Maka, desas-desus yang menyatakan bahawa Perhimpunan Bersih 2.0 ini mempunyai agenda tersirat adalah ternyata benar.

Bagi menghormati Titah Khas Baginda tiada sebarang video akan diletakkan, tiada yang lebih baik lagi daripada mengakhirinya dengan pantun melayu yang berbunyi begini:


Laju-Laju Perahu Laju,
Perahu Bernama Si Kapal Layar,
Jaga-Jaga Orang Melayu,
Ditelan Naga Dibelit Ular.


Lebah bukan sebarang lebah,
Membawa madu banyak gunanya;
Sembah bukan sebarang sembah,
Sembah Melayu dengan taatnya

.

~wakdanial~

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!